Saturday, July 17, 2010

TEMPAHAN BANNER DAN BUNTING

Salam semua... dah lama rasanya tak update kat blog ni. Tak berkesempatan... sebenarnya saya sibuk dengan kerja-kerja pindah barang dari pejabat kat Kota Bharu ke Ketereh. Sekarang saya dah memiliki bengkel sendiri dan kerja-kerja printing dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi, jika dibandingkan sebelum ni kebanyakan barang2 kerja saya simpan kat rumah.

Kat sini saya tambah beberapa produk baru selain mencetak baju.

Banner dan bunting ... baru je beli mesin digital printing.

Mesin digital printing (inkjet printer)

Kami menawarkan harga untuk banner dan bunting RM2.00 / kaki persegi . Harga yang bagi saya sudah berpatutan. Selain banner dan bunting kami juga menyediakan bingkai atau frame besi bagi yang ingin membuat signboard. Kena tambah antara RM50.00 hingga RM100.00 bergantung pada saiz banner yg dikhendaki.

Bunting

Banner

Cara pengiraan harga banner dan bunting senang sajer.. Lihat kat bawah :
  1. Katakan saiz banner 10' x 4' (Kaki persegi)
  2. Kami kenakan charge untuk artwork RM15.00 (kalu dah ada x payah bayar, pastikan dalam format psd / corel draw)
  3. Jumlah luas banner (10' x 4') 40 kaki persegi, 40 x 2.00 = RM80.00
  4. Jadi harga keseluruhan RM80 + RM15 (Artwork) = RM95.00 sahaja.
Bagi yang diluar Kelantan, saya akan pos, menggunakan pos laju...

Sunday, June 6, 2010

PROSES PERCETAKAN BAJU SECARA SILKSCREEN PRINTING

Salam semua.... dah lama tak update blog, hari ni baru berkesempatan. 2,3 minggu kebelakangan ni saya saya sibuk sikit menyiapkan kerja tertangguh. So, hari ni saya nak kongsi dengan anda semua cara dan penghasilan silkscreen printing (secara ringkas).

First step, apa yang anda perlu buat ialah... menyediakan kelengkapan asas silkscreen. Antara kelengkapan yang anda perlu ada ialah :

  1. Kayu blok
  2. Kain sutera (mesh)
  3. Photo emulsion + sensitizer
  4. Rubber dye / Tc dye
  5. Pigment
  6. Sekuji
  7. Lampu expose
  8. Kotak expose
  9. Cermin expose
  10. Kertas lutsinar (kertas minyak ect.)
  11. Peralatan lain (Coater, stepler gun, gergaji, gum board, papan lapis/playwood dan laser printer)
Seterusnya, anda perlu membuat blok. Cara-cara membuat blok adalah :
  1. Potong kayu blok (kayu lembut), mengikut saiz artwork (design) yang anda perlukan. Diingatkan !!! satu blok untuk satu warna design. Kalau 10 warna design maka 10 blok yang perlu anda sediakan.
  2. Potong kain sutera (mesh) mengikut saiz blok yang anda perlukan. Lebihkan sedikit mesh supaya senang untuk proses meregangkan mesh pada blok.
  3. Stapler mesh pada blok menggunakan stapler gun. Berhati-hati semasa memasang mesh pada blok, kerana mesh mudah koyak. Pastikan permukaan blok tidak mengeledong (tidak rata), kerana ini menyukarkan proses printing nanti. Contoh blok seperti di bawah :

Step berikutnya, mencipta artwork (design).
  1. Anda boleh guna adobe photoshop, illustrator, paint, print artist, corel draw... mengikut kesenangan anda. Selepas siap design apa yang anda ingin kan, anda perlu print (A4, A3, atau A2) menggunakan laser printer. Pastikan artwork anda berwarna hitam (sehitam-hitamnya). Ini penting untuk proses expose nanti. Anda boleh menggunakan kertas transparency, kertas plain, atau kertas minyak. Contoh design yang saya buat :

Kemudian, anda perlu melakukan proses coating.

  1. Iaitu menyapu emulsion + sensitizer pada blok yg dipasang mesh.
  2. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, mencampurkan photo emulsion dengan sensitizer pada nisbah 10:1 . Ini bermaksud 10 sudu emulsion + 1 sudu sensitizer. Jumlah emulsion yang hendak dicampur mengikut keperluan anda. Kalau setakat 1 blok saje, maka sedikitlah emulsion perlu digunakan. Campurkan dalam sebarang bekas, tapi pastikan proses tersebut dilakukan dalam tempat gelap (dalam bilik ke..)
  3. Campuran tadi hendaklah dikacau sehingga rata, kemudian sapu campuran tersebut pada blok (yg telah dipasang mesh). Gunakan coater atau benda keras nipis (boleh guna kad telefon) untuk proses menyapu pada blok. Sapu sehingga semua bahagian blok kena. Pastikan anda menyapu bahagian belakang dan depan.
  4. Selepas proses menyapu emulsion selesai, keringkan blok menggunakan hair dryer atau letak bawah kipas. Proses mungkin mengambil masa yg lama, ia dipengaruhi ketebalan emulsion pada blok. Semakin tebal emulsion yg disapu semakin lama masa diambil. Oleh itu, sekiranya boleh sapu emulsion senipis yg boleh tapi pastikan semua bahagian blok kena.

Langkah seterusnya, melakukan proses expose.

  1. Proses expose adalah proses yg paling penting, menentukan cara yg dilakukan sebelum ini betul atau salah. Expose ialah proses penghasilan design pada blok menggunakan bantuan cahaya.
  2. Ikut susun atur expose seperti di bawah. Sumber cahaya mestilah terdiri daripada cahaya putih/kuning (jgn guna lampu bulat, nanti tak jadi).
  3. Letak bebanan pada blok semasa expose (untuk tujuan merapatkan blok pada permukaan cermin.
  4. Bentuk kotak expose boleh dibuat bermacam jenis (ikut selera). Kalau boleh warnayg boleh memantulkan cahaya (kuning, silver dll).
  5. Kuasa bagi sumber cahaya antara 200 hingga 500 watt ( 4 btg lampu panjang). atau pakai sebiji sport light pun boleh.
  6. Proses expose memakan masa antara 10 hingga 30 minit (bergantung pada watt).


Setakat ini dulu saya akan update lagi, untuk bab printing baju pulak....








Sunday, May 23, 2010

STATUS PENGHANTARAN PAKEJ LENGKAP

Salam semua, setelah hampir sebulan tak update blog... sibuk sikit... dapat tempahan dari majlis daerah untuk buat t-shirt pekerja... penat... so, kat sini saya nak update pelanggan yang membeli pakej lengkap RM150.00.

1) Azmi, Keluang
2) Maheran, kulai
3) Yusoff, pontian
4) Ahmad, sentul
5) Mat, pulai chondong
6) Cikgu Hasnan, Penang
7) Karim, Shah Alam
8) Zainal, Bota
9) Isma, Kemunting
10) Zam, bentong
11) Zul, pokok sena
12) Man, Kota Kinabalu
13) Sham, kuantan

Ni senarai peserta yang dah menerima barang (pakej lengkap), sorry kalau silap nama... mungkin ade yang menerima lewat kerana banyak sebab..... stok abis dsbg...

Antara senarai pelanggan yang belum menerima barang....

1) Sabri, padang rengas
2) Hisyam, kulim
3) Mamat, kangar
4) Mimi, manir

Mohon maaf di atas kelewatan pos barang, kami dalam proses menghantar... Insyallah minggu ni...


Arios.........

Wednesday, April 7, 2010

MEMBEKAL PERALATAN SILKSCREEN PRINTING

Salam semua..... Posting minggu lepas menyebabkan saya lenguh tangan menaip sms pertanyaan dari orang ramai pasal peralatan silkscreen printing. So, ari saya bagitau sikit alat-alat ape yang saya bekalkan dan gambarnya sekali. Kalu ikut kan hati nak jual satu set tapi apakandaya permintaan untuk satu dua jenis barang tinggi. Antara peralatan dan harga yang saya tawarkan adalah :

Yang ni namanya Colour Pigment dan harganya RM5.50/botol. Saiz lebih kurang botol vitagen (Comot sikit sebab yang ni saya dah guna, kalu nak beli saya bagi baru punya lah)

Yang ni pulak Rubber dye 200/120 (2kg)... harganya RM50.00 (untuk dua tu)


Photo emulsion (1/2kg) dan sensitizer. Harga RM 24.00

Hardener RM 4.00

Board Gum RM 12.00 (1/2kg)

Sekuji (ada saiz untuk A4, logo dan separuh A4) harga RM15.00 untuk sume

Penyapu emulsion RM 3.00

Kain mesh 900 harga RM 19 / meter

Tuesday, March 30, 2010

CETAK DAN TRADING

Salam... lama tak post kat blog, 2-3 minggu ni sibuk sikit, customer sume urgent nak baju. Terpaksa lah berkurung kat bengkel (rumah). Rumah pulak line telefon kena potong (kabel kena curi), so internet tak bleh laaa.
Sepangjang berada kat rumah ni, ade terpikir nak buat trading sikit sambil bantu sape-sape yang berminat nak buat silkscreen printing. Cadang nak jual peralatan silkscreen, macam :

  1. Kain Mesh
  2. Blok
  3. Photo Emulsion
  4. Sekuji
  5. Pigment Colour
  6. Rubber dye
Sape-sape nak bleh la telefon sayer 019-936 9554 (orang panggil en mad) atau email. Kalau kat area Kelantan bleh antar by hand, tapi yang jauh-jauh tu bleh pos la (courier/pos laju/bas). Kos penghantaraan seperti berikut :
  1. Pos Laju = RM 30.00 (Cepat dan selamat)
  2. Pos Biasa = RM 5.00 (Lambat dan tak terjamin)
  3. Courier = RM 45.00 (Selamat dan lagi cepat)
  4. Bas = RM 15.00 (Cepat tapi tak jamin sampai)

Saya jugak jual peralatan secara pakej lengkap, bab kata orang kalu nak buat kijer mencetak... dah boleh la, sumer ader. Harga saya letak RM 150.00

Kalu nak baju kosong, harganya macam ni :
  1. Baju Round Neck/Short Sleeve/CVC = RM9.50
  2. Baju Collar/Short Sleeve/CVC/Pocket = RM12.00
Kalu nak tanya ape2, tepon jer .... sedia membantu. Tak pandai nak cetak, tanya saya.. senang jer, cuma perlu ketelitian.
Ni lah hasil kerja saya sepanjang berada di rumah :









Kuantit sume sekali 200 helai... untung RM 850.00 (boleh la tu) = 2 minggu berkurung.





Thursday, March 18, 2010

WATER SLIDE TRANSFER

Salam semua... hari ini saya ada satu benda nak berkongsi dengan anda semua. Satu teknik percetakan manual yang mudah dan murah. Ia dipanggil Water Slide Transfer, tak perlu mesin cuma perlu beli kerta dia la. Baru pagi ni saya terpikir nak buat jugak benda ni. Teknik ini boleh digunakan untuk menampalkan gambar pada mug, plate, pen dan macam-macam lagi cenderamata.

Setelah surf internet dapat lah alamat kat pembekal kertas water slide ni kat Malaysia , namanya MTO Global alamat seperti dalam peta kat bawah :


Ingat minggu depan nak turun KL, cari kertas tu dan boleh mula biz baru awal bulan depan...hehehehe...


Thursday, March 11, 2010

CUSTEMER TAMBAH TEMPAHAN

Salam... minggu ni sekali lagi rezeki saya dapat tempahan. Kali ni customer yang sama tapi diorang nak tambah 15 helai lagi. Ok je, saya terus beli baju kat CHL dalam 20 helai (5 helai untuk adik saya, member dia nak baju kosong). Sampai rumah terus amik dan buat blok hingga lah photocoat. Kerana terlalu mengantuk saya jemur blok yang dah disapu emultion tadi dan sambung keesokannya.

Bangun pagi terus ke bilik printing (bilik stor sebenarnya) untuk sambung buat expose pada blok. Lebih kurang 45 minit gitu, saya pun angkat dan bermulalah kisah mencetak baju. Sebenarnya blok asal masih ada, tapi mesh dah tersumbat + emultion yang saya sapu dah pecah tak ikut abjad yang kita nak, maka saya buat baru.

Cetakan kali kedua ni makin senang sebab dah buat sebelum ni, macam boleh agak setting kat mana anak letak blok dan sebagainya. Tengah khusyuk buat kerja tiba-tiba dengar anak (Insyirah) menangis, kuat pulak tu. Terus saya letak benda kerja dan terus ke bilik. Rupa-rupanya Insyirah jatuh katil. Berderau darah saya, dan terus maki wife yang ketika tu kebingungan. Nasib baik tak de ape2, hampir 1 jam pujuk Insyirah, saya sambung kerja balik. Akhirnya siaplah mencetak baju dalam 15 helai dan satu helai rosak (adoi rugi).

Selepas keringkan baju, saya terus bukak email dan dapat tempahan baju dari En Azhan (baru tanya harga). Dia nak buat baju untuk familyday. Kalu jadi rezeki saya, kalu tak nak wat macamana.

Kat bawah ni antara gambar selepas selesai kerja mencetak.