Saturday, July 17, 2010

TEMPAHAN BANNER DAN BUNTING

Salam semua... dah lama rasanya tak update kat blog ni. Tak berkesempatan... sebenarnya saya sibuk dengan kerja-kerja pindah barang dari pejabat kat Kota Bharu ke Ketereh. Sekarang saya dah memiliki bengkel sendiri dan kerja-kerja printing dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi, jika dibandingkan sebelum ni kebanyakan barang2 kerja saya simpan kat rumah.

Kat sini saya tambah beberapa produk baru selain mencetak baju.

Banner dan bunting ... baru je beli mesin digital printing.

Mesin digital printing (inkjet printer)

Kami menawarkan harga untuk banner dan bunting RM2.00 / kaki persegi . Harga yang bagi saya sudah berpatutan. Selain banner dan bunting kami juga menyediakan bingkai atau frame besi bagi yang ingin membuat signboard. Kena tambah antara RM50.00 hingga RM100.00 bergantung pada saiz banner yg dikhendaki.

Bunting

Banner

Cara pengiraan harga banner dan bunting senang sajer.. Lihat kat bawah :
  1. Katakan saiz banner 10' x 4' (Kaki persegi)
  2. Kami kenakan charge untuk artwork RM15.00 (kalu dah ada x payah bayar, pastikan dalam format psd / corel draw)
  3. Jumlah luas banner (10' x 4') 40 kaki persegi, 40 x 2.00 = RM80.00
  4. Jadi harga keseluruhan RM80 + RM15 (Artwork) = RM95.00 sahaja.
Bagi yang diluar Kelantan, saya akan pos, menggunakan pos laju...

Sunday, June 6, 2010

PROSES PERCETAKAN BAJU SECARA SILKSCREEN PRINTING

Salam semua.... dah lama tak update blog, hari ni baru berkesempatan. 2,3 minggu kebelakangan ni saya saya sibuk sikit menyiapkan kerja tertangguh. So, hari ni saya nak kongsi dengan anda semua cara dan penghasilan silkscreen printing (secara ringkas).

First step, apa yang anda perlu buat ialah... menyediakan kelengkapan asas silkscreen. Antara kelengkapan yang anda perlu ada ialah :

  1. Kayu blok
  2. Kain sutera (mesh)
  3. Photo emulsion + sensitizer
  4. Rubber dye / Tc dye
  5. Pigment
  6. Sekuji
  7. Lampu expose
  8. Kotak expose
  9. Cermin expose
  10. Kertas lutsinar (kertas minyak ect.)
  11. Peralatan lain (Coater, stepler gun, gergaji, gum board, papan lapis/playwood dan laser printer)
Seterusnya, anda perlu membuat blok. Cara-cara membuat blok adalah :
  1. Potong kayu blok (kayu lembut), mengikut saiz artwork (design) yang anda perlukan. Diingatkan !!! satu blok untuk satu warna design. Kalau 10 warna design maka 10 blok yang perlu anda sediakan.
  2. Potong kain sutera (mesh) mengikut saiz blok yang anda perlukan. Lebihkan sedikit mesh supaya senang untuk proses meregangkan mesh pada blok.
  3. Stapler mesh pada blok menggunakan stapler gun. Berhati-hati semasa memasang mesh pada blok, kerana mesh mudah koyak. Pastikan permukaan blok tidak mengeledong (tidak rata), kerana ini menyukarkan proses printing nanti. Contoh blok seperti di bawah :

Step berikutnya, mencipta artwork (design).
  1. Anda boleh guna adobe photoshop, illustrator, paint, print artist, corel draw... mengikut kesenangan anda. Selepas siap design apa yang anda ingin kan, anda perlu print (A4, A3, atau A2) menggunakan laser printer. Pastikan artwork anda berwarna hitam (sehitam-hitamnya). Ini penting untuk proses expose nanti. Anda boleh menggunakan kertas transparency, kertas plain, atau kertas minyak. Contoh design yang saya buat :

Kemudian, anda perlu melakukan proses coating.

  1. Iaitu menyapu emulsion + sensitizer pada blok yg dipasang mesh.
  2. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, mencampurkan photo emulsion dengan sensitizer pada nisbah 10:1 . Ini bermaksud 10 sudu emulsion + 1 sudu sensitizer. Jumlah emulsion yang hendak dicampur mengikut keperluan anda. Kalau setakat 1 blok saje, maka sedikitlah emulsion perlu digunakan. Campurkan dalam sebarang bekas, tapi pastikan proses tersebut dilakukan dalam tempat gelap (dalam bilik ke..)
  3. Campuran tadi hendaklah dikacau sehingga rata, kemudian sapu campuran tersebut pada blok (yg telah dipasang mesh). Gunakan coater atau benda keras nipis (boleh guna kad telefon) untuk proses menyapu pada blok. Sapu sehingga semua bahagian blok kena. Pastikan anda menyapu bahagian belakang dan depan.
  4. Selepas proses menyapu emulsion selesai, keringkan blok menggunakan hair dryer atau letak bawah kipas. Proses mungkin mengambil masa yg lama, ia dipengaruhi ketebalan emulsion pada blok. Semakin tebal emulsion yg disapu semakin lama masa diambil. Oleh itu, sekiranya boleh sapu emulsion senipis yg boleh tapi pastikan semua bahagian blok kena.

Langkah seterusnya, melakukan proses expose.

  1. Proses expose adalah proses yg paling penting, menentukan cara yg dilakukan sebelum ini betul atau salah. Expose ialah proses penghasilan design pada blok menggunakan bantuan cahaya.
  2. Ikut susun atur expose seperti di bawah. Sumber cahaya mestilah terdiri daripada cahaya putih/kuning (jgn guna lampu bulat, nanti tak jadi).
  3. Letak bebanan pada blok semasa expose (untuk tujuan merapatkan blok pada permukaan cermin.
  4. Bentuk kotak expose boleh dibuat bermacam jenis (ikut selera). Kalau boleh warnayg boleh memantulkan cahaya (kuning, silver dll).
  5. Kuasa bagi sumber cahaya antara 200 hingga 500 watt ( 4 btg lampu panjang). atau pakai sebiji sport light pun boleh.
  6. Proses expose memakan masa antara 10 hingga 30 minit (bergantung pada watt).


Setakat ini dulu saya akan update lagi, untuk bab printing baju pulak....








Sunday, May 23, 2010

STATUS PENGHANTARAN PAKEJ LENGKAP

Salam semua, setelah hampir sebulan tak update blog... sibuk sikit... dapat tempahan dari majlis daerah untuk buat t-shirt pekerja... penat... so, kat sini saya nak update pelanggan yang membeli pakej lengkap RM150.00.

1) Azmi, Keluang
2) Maheran, kulai
3) Yusoff, pontian
4) Ahmad, sentul
5) Mat, pulai chondong
6) Cikgu Hasnan, Penang
7) Karim, Shah Alam
8) Zainal, Bota
9) Isma, Kemunting
10) Zam, bentong
11) Zul, pokok sena
12) Man, Kota Kinabalu
13) Sham, kuantan

Ni senarai peserta yang dah menerima barang (pakej lengkap), sorry kalau silap nama... mungkin ade yang menerima lewat kerana banyak sebab..... stok abis dsbg...

Antara senarai pelanggan yang belum menerima barang....

1) Sabri, padang rengas
2) Hisyam, kulim
3) Mamat, kangar
4) Mimi, manir

Mohon maaf di atas kelewatan pos barang, kami dalam proses menghantar... Insyallah minggu ni...


Arios.........

Wednesday, April 7, 2010

MEMBEKAL PERALATAN SILKSCREEN PRINTING

Salam semua..... Posting minggu lepas menyebabkan saya lenguh tangan menaip sms pertanyaan dari orang ramai pasal peralatan silkscreen printing. So, ari saya bagitau sikit alat-alat ape yang saya bekalkan dan gambarnya sekali. Kalu ikut kan hati nak jual satu set tapi apakandaya permintaan untuk satu dua jenis barang tinggi. Antara peralatan dan harga yang saya tawarkan adalah :

Yang ni namanya Colour Pigment dan harganya RM5.50/botol. Saiz lebih kurang botol vitagen (Comot sikit sebab yang ni saya dah guna, kalu nak beli saya bagi baru punya lah)

Yang ni pulak Rubber dye 200/120 (2kg)... harganya RM50.00 (untuk dua tu)


Photo emulsion (1/2kg) dan sensitizer. Harga RM 24.00

Hardener RM 4.00

Board Gum RM 12.00 (1/2kg)

Sekuji (ada saiz untuk A4, logo dan separuh A4) harga RM15.00 untuk sume

Penyapu emulsion RM 3.00

Kain mesh 900 harga RM 19 / meter

Tuesday, March 30, 2010

CETAK DAN TRADING

Salam... lama tak post kat blog, 2-3 minggu ni sibuk sikit, customer sume urgent nak baju. Terpaksa lah berkurung kat bengkel (rumah). Rumah pulak line telefon kena potong (kabel kena curi), so internet tak bleh laaa.
Sepangjang berada kat rumah ni, ade terpikir nak buat trading sikit sambil bantu sape-sape yang berminat nak buat silkscreen printing. Cadang nak jual peralatan silkscreen, macam :

  1. Kain Mesh
  2. Blok
  3. Photo Emulsion
  4. Sekuji
  5. Pigment Colour
  6. Rubber dye
Sape-sape nak bleh la telefon sayer 019-936 9554 (orang panggil en mad) atau email. Kalau kat area Kelantan bleh antar by hand, tapi yang jauh-jauh tu bleh pos la (courier/pos laju/bas). Kos penghantaraan seperti berikut :
  1. Pos Laju = RM 30.00 (Cepat dan selamat)
  2. Pos Biasa = RM 5.00 (Lambat dan tak terjamin)
  3. Courier = RM 45.00 (Selamat dan lagi cepat)
  4. Bas = RM 15.00 (Cepat tapi tak jamin sampai)

Saya jugak jual peralatan secara pakej lengkap, bab kata orang kalu nak buat kijer mencetak... dah boleh la, sumer ader. Harga saya letak RM 150.00

Kalu nak baju kosong, harganya macam ni :
  1. Baju Round Neck/Short Sleeve/CVC = RM9.50
  2. Baju Collar/Short Sleeve/CVC/Pocket = RM12.00
Kalu nak tanya ape2, tepon jer .... sedia membantu. Tak pandai nak cetak, tanya saya.. senang jer, cuma perlu ketelitian.
Ni lah hasil kerja saya sepanjang berada di rumah :









Kuantit sume sekali 200 helai... untung RM 850.00 (boleh la tu) = 2 minggu berkurung.





Thursday, March 18, 2010

WATER SLIDE TRANSFER

Salam semua... hari ini saya ada satu benda nak berkongsi dengan anda semua. Satu teknik percetakan manual yang mudah dan murah. Ia dipanggil Water Slide Transfer, tak perlu mesin cuma perlu beli kerta dia la. Baru pagi ni saya terpikir nak buat jugak benda ni. Teknik ini boleh digunakan untuk menampalkan gambar pada mug, plate, pen dan macam-macam lagi cenderamata.

Setelah surf internet dapat lah alamat kat pembekal kertas water slide ni kat Malaysia , namanya MTO Global alamat seperti dalam peta kat bawah :


Ingat minggu depan nak turun KL, cari kertas tu dan boleh mula biz baru awal bulan depan...hehehehe...


Thursday, March 11, 2010

CUSTEMER TAMBAH TEMPAHAN

Salam... minggu ni sekali lagi rezeki saya dapat tempahan. Kali ni customer yang sama tapi diorang nak tambah 15 helai lagi. Ok je, saya terus beli baju kat CHL dalam 20 helai (5 helai untuk adik saya, member dia nak baju kosong). Sampai rumah terus amik dan buat blok hingga lah photocoat. Kerana terlalu mengantuk saya jemur blok yang dah disapu emultion tadi dan sambung keesokannya.

Bangun pagi terus ke bilik printing (bilik stor sebenarnya) untuk sambung buat expose pada blok. Lebih kurang 45 minit gitu, saya pun angkat dan bermulalah kisah mencetak baju. Sebenarnya blok asal masih ada, tapi mesh dah tersumbat + emultion yang saya sapu dah pecah tak ikut abjad yang kita nak, maka saya buat baru.

Cetakan kali kedua ni makin senang sebab dah buat sebelum ni, macam boleh agak setting kat mana anak letak blok dan sebagainya. Tengah khusyuk buat kerja tiba-tiba dengar anak (Insyirah) menangis, kuat pulak tu. Terus saya letak benda kerja dan terus ke bilik. Rupa-rupanya Insyirah jatuh katil. Berderau darah saya, dan terus maki wife yang ketika tu kebingungan. Nasib baik tak de ape2, hampir 1 jam pujuk Insyirah, saya sambung kerja balik. Akhirnya siaplah mencetak baju dalam 15 helai dan satu helai rosak (adoi rugi).

Selepas keringkan baju, saya terus bukak email dan dapat tempahan baju dari En Azhan (baru tanya harga). Dia nak buat baju untuk familyday. Kalu jadi rezeki saya, kalu tak nak wat macamana.

Kat bawah ni antara gambar selepas selesai kerja mencetak.







Tuesday, March 9, 2010

HASIL SELEPAS PROSES MENCETAK

Salam semua... kali ni saya nak pos hasil penat lelah memprinting baju. Dari step 1 sampai habis. Sebenarnya untuk cetak 20 helai bermula dari sapu emultion sampai cetak sebenarnya tak sampai sehari. Tapi memandangkan saya banyak kerja lain, maka kerja buat baju ni abis dalam 3 hari. Kat bawah ni antara hasilnya :

Ni merupakan baju kosong sebelum melalui proses printing




Selepas ni saya akan mencetak baju budak politeknik dan jersi budak futsal... rezeki.. nak wat macamana... hehehe..

Sunday, March 7, 2010

PRINTING BAJU KAT RUMAH

Salam semua... ari jumaat dan sabtu saya penuhi masa terluang dengan mencetak baju. Kat rumah rasa bebas sikit buat kerja, boleh main-main dengan anak. Di post ni jugak saya nak tunjuk antara peralatan silkscreen printing 'buatan sendiri'. Sebenarnya kerja-kerja mencetak ni senang jer , cuma memerlukan kesabaran. Antara langkah-langkah yang perlu :
  1. Membuat blok (pakai kayu lembut)
  2. Menegangkan mesh pada blok
  3. Membuat photocoat (sapu emultion pada mesh, melibatkan bancuhan dengan sensitizer)
  4. Design (apa-apa nak di print pada baju, pakai kertas filem)
  5. Buat expose ( hasilkan design pada blok)
  6. Basuh blok hingga nampak design
  7. Print dan keringkan pakai hair dryer.
Kat bawah ni antara peralatan yang saya guna, simple jer.


Yang warna kuning tu kotak expose, yang petak tu papan nak bagi baju rata, yang pangjang kayu blok yang belum buat lagi

Ni keadaan masa expose (letak blok atas design) nanti design akan lekat pada blok.

Kena tunggu sampai 20 minit - 40 minit (pastikan emulsion benar2 kering baru expose)

Basuh (tembak ngan air) dan keringkan, nanti kuar la design kat atas blok.

Blok yang dah kering disamping design atas kertas filem (mesti sama)

Baju yang akan dicetak mengikut design yang terbentuk pada blok.


Tak sempat nak print, ade kerja kena bergegas pergi Kota Bharu. Balik kerja nanti bercadang nak print (colour dah bancuh)... Tunggu... nanti saya post baju yang siap kat sini...


Wednesday, March 3, 2010

HARI JADI ISTERI KU

Assalamualaikum... 2/3/2010 sebelum balik kerja, saya terpikir nak beli ape untuk isteri. Pikir punya pikir terlintas nak beli kek harijadi. Walaupun penat sangat lepas kerja namun ku kuatkan semangat pergi ke sebuah kedai kek di melor. Sampai sana terus pilih kek dan suruh pekerja kedai kek tu tulis sikit kata-kata atas kek ' Selamat Harijadi Yang Ke 26, dari Suamimu'. Sampai rumah suruh wife bukak bonet belakang, terkejut dia tengok saya belikanya kek. Tanda ingatan. Walaupun dah 3 tahun kitaorang kahwin hari ni jer aku berkesempatan beli kek untuknya. Tahun-tahun sebelum ni duit tak de, nak beli kek kecik pun saya tak mampu. Sekarang semua dah berubah, saya mampu membeli kek cokelat (RM 55.00) entah berapa kilo, x ingat.

Memotong kek bersama My wife dan juwita ku Insyirah.

Kek yang suatu ketika dulu tak mampu ku beli...dulu lain, sekarang lain

Antara juadah yang disediakan semasa jamuan

Semoga harijadi my wife panjang umur dan semakin kuat meyokong saya walau apa jua keadaan sekalipun... Insyaallah...

Tuesday, March 2, 2010

PROJEK CETAK BAJU PEKERJA

Salam semua... dua hari lepas saya telah mendapat projek mencetak baju pekerja bagi syarikat KK Sri Indah (Kedai Welding kat Kuala Krai), kuantiti tak de lah banyak, 20 helai jer. Baik sikit dari tak de langsung. Setelah mendapat projek tu, saya terus pergi ke kedai CHL mencari bahan-bahan untuk memprint baju. Antara bahan yang saya beli ialah :

1) Photo emulsion + sensitizer (1/2 kg)
2) Mesh ( 1 meter)
3) Blok kayu ( 3 batang )
4) Colour Base 200
5) White Colour 120
6) Pigment ( 5 jenis Warna)
7) Hardener

Campur-campur semua abis dalam RM124.00 jer tu pun mesti lebih nyer, simpan wat stok. Niat nak tunjuk gak gambar barang tadi tapi kamera battery low x sempat nak amik.

Hari ke-2 pulak pergi ke kedai Wallmart (One Stop Printting Station). Tengok baju kosong. Usha..usha last sekali dapatlah baju berikut :

1) Baju Merah Kolar Hitam ader poket depan (Kain TC) - RM 12.00 sehelai
2) Baju Kuning Kolar Hitam (Kain Lacoste) - RM 12.00 sehelai jugak

Saya pilih 2 baju ni buat demo, nak tunjuk kat customer mana satu pilihan diorang. Bagi saya warna kuning ok jugak. Bincang punya bincang diorang pilih warna kuning (20 helai).

Pada malam tu, saya terus buat calculation berapa nak letak harga. Antara pengiraan saya ialah :

Caj Blok RM 16.00
Warna RM 4.00
Upah RM 5.00
Kos Baju RM 12.00

Caj Blok Setiap Baju = RM16.00 / 20 helai
= RM 0.80 sehelai

Keseluruhan = RM 0.80 + RM 2.00 + 5.00 + 12.00
= RM 19.80

Ok dah kot harganya bleh RM 100.00 untung (upah).

Tapi tu semua dapat selepas kije selesai. Esok saya nak start buat, lusa dapat duit. Hahahaha..

Sunday, February 28, 2010

BAJU UNTUK PRINT

Salam semua... dah lama saya tak post kat blog. So, ari ni nak kongsi kat mana saya dapatkan baju untuk tujuan print. Setelah lama bertanya dan mencari-cari akhirnya saya jumpa syarikat pembekal t-shirt untuk silkscreen printing.

QM SPORTS (KELANTAN)

PT 748, Jln Kadir Adabi, Berek 12, 15200 Kota Bahru, Kelantan.
HP : 016 - 328 8117 TEL : 09 - 741 9784 FAX : 09 - 741 9786
kelantan@qmsports.com


Untuk mendapatkan baju dengan diorang, korang kena bawak daftar perniagaan dan bisnes kad, dan korang akan dilantik menjadi agen.

Sebenarnya banyak lagi pembekal baju, macam orange sport dll. Tapi memandangkan QM sport dekat dengan tempat saya, senanglah sikit nak angkut. Kalu brand america bleh order ngan haji zul kat batu caves.

Sebelum ni banyak jugak saya ulang alik ke KL, masa tu kat kota bharu susah, so sekarang dah senang... boleh la jimat petrol. He..he...

Sunday, February 21, 2010

MESH (KAIN SUTERA) DAN BLOK PRINTING

Salam sejahtera semua... hari ni saya nak berkongsi mengenai 'mesh' atau kain sutera. Kaedah silkscreen printing memerlukan mesh untuk mencetak baju. Tanpa mesh maka orang tak panggil silkscreen printing. 'Silkscreen' merujuk kepada kain sutera / mesh pada skrin. Mesh ni boleh didapati dikebanyakan kedai silkscreen. Anda boleh dapatkannya di :
  1. Khai Lien Silkscreen Supplier (M) Sdn Bhd - dekat bandar baru bangi, selangor
  2. CHL Digital Printing Supplies - dekat kota bharu, kelantan
  3. Hai Kuang - Cheras, Kuala Lumpur
Saya biasanya akan amik kat Khai Lien sebab banyak pilihan, dari harga murah sampai mahal, semua ada. Kalau sikit-sikit saya amik kat CHL je. Mesh ni ada banyak saiz, bergantung pada pixcel. Lagi tinggi pixcel lagi mahal harganya. Antara saiz mesh :
  1. 900
  2. 1000
  3. 1200
  4. 1350
Kalu nak print yang biasa (satu warna/ design senang) beli jer 900 atau 1000. Mesh jugak ada dua jenis seperti :
  1. Jenis nylon
  2. Jenis polyster
Jenis nylon tahan lama, maknanya kalu print 100 helai baju blok sama, pun bleh tahan (bergantung pada photo emulsion jugak) dan harganya lebih mahal berbanding jenis polyster.

Mesh ni akan dilekatkan di atas blok (dengan tegang), proses lekatkan mesh pada blok tak susah mana, cuma perlukan kesabaran dan kelembutan. Tak bleh kasar sangat, sebab mesh mudah koyak. Sebut pasal blok, ada yang buat dengan kayu lembut, ada yang buat dengan aluminium. Saya buat ngan kayu jer, jimat. Kalau untuk industri, diorang pakai stretcher (untuk tegangkan mesh). Ada jugak impian nak pakai sume tu, tapi slow-slowww la.

Ni contok blok, saya amik dari laman web elevation screen printing (pakai paku pun boleh)

Blok dan mesin untuk industri (entah nama ape)

Saturday, February 20, 2010

MEMBELI PERALATAN MENCETAK BAJU

Assalamualaikum... kita berjumpa lagi. Telipon cikgu hariri tadi... dia kata nak jumpa ptg, sambil tunggu dia, saya mengarang kat blog dulu. Pada 2/2/2010 saya telah ke Bandar Baru Bangi, Selangor untuk membeli peralatan untuk mencetak baju. Kat bandar baru bangi ade satu kilang untuk semua peralatan percetakan silkscreen. Nama kilang tu Khien Lien (entah betul tak saya eja). Kat tempat tu semua ade (dye, photo emulsion, mesh, sekuji dan macam-macam lagi), dari yang murah sampailah yang mahal. Saya dapat tahu sume ni melalui internet (www.tshirtkomuniti.com).

Perjalanan dari kota bharu ke selangor amat memenatkan. Ye lah saya bawak kancil 660 je. Sakit badan bukan kepalang. Jarak lebih kurang 400++ km. Sakit abih urat saraf, nasib baik mertua pandai mengurut. Sampai kat KL lebih kurang 10.30 mlm, dan terus sewa hotel (abih dalam RM88.00 semalaman).

Kancil 660 ni lah yang banyak berjasa pada ku, ke mana saja ku pergi pasti ku bawa.

Keesokannya saya terus ke bandar baru bangi, melalui tol kajang (RM 1.50 x silap saya) lepas tu masuk bandar kajang terus ke bandar baru bangi. Ni merupakan first time saya gi kat Khi Lien maka kesesatan berlaku. Aduh cari punya cari tak jumpa, tension giler. Nasib baik anak sedara my wife bagi support (dia teman saya ke KL). Last-last saya berhenti kat stesyen minyak sungai chua (shell). Tanya cashier kat situ, saya tunjuk peta kat dia. Selepas tu saya kembali ke pangkal jalan (x sesat la tu).

Selepas diberi panduan, akhirnya saya jumpa jugak Khi Lien, adus sungguh perit rasanya. Tapi malang masih menimpa apabila diberitahu Khi Lien tutup ari Sabtu. Baru saya ingat kat KL kebanyakan tutup ari sabtu. Sedih betul, tanpa melengahkan masa saya terus mematikan enjin kereta dan berteriak macam orang kena histeria (argggggggggg.......ggggggg), terkejut beruk dauf (anak sedara wife saya).

Untuk menghilangkan rasa tension, saya terus menelipon member kat Flat Putera, sungai chua. Saya ajaknya pergi makan satey kajang. Abih RM 55.00 (satey daging dan ayam).

Peta ni saya amik kat laman web Khai Lien

Makan satey kajang Haji Samuri dengan Jeff (Member kije kat Maktab Polis Cheras)

Pada malam tu saya menginap rumah sewa Jeff kat Penara (dekat Tasik Pemasuri). Nak sewa hotel duit dah tak cukup, akhirnya terpaksalah bermalam sehingga ari isnin.

Pengenalan

Assalamualaikum... w.b.t Sebelum bercakap lebih lanjut, nak introduce diri dulu. Saya mengusahakan perniagaan berasaskan percetakan baju. Tak kira baju ape, semua saya cetak (kain). Telah mendaftarkan perniagaan dengan nama INSYIRAH ARTJAYA TRADING (KT0271022-H), mula-mula didaftarkan syarikat saya menjalankan perniagaan membekal alatulis dan cenderamata di kebanyakan jabatan kerajaan (sampai sekarang) dan kini mengorak langkah baru meneroka bidang percetakan baju. Alhamdulillah... sekarang tempahan baju (terutama baju sukan sekolah menggalakkan). Sebenarnya saya baru saje mendaftar dengan MOF (Kementerian Kewangan Malaysia), sebelum ni pakai lesen orang. Modal kecil katakan. Sekarang alhamdulillah, ada lesen sendiri senang nak tangkap projek kerajaan sendiri. Sebelum ni terpaksa bayar kat orang antara 2% - 5% ( banyak tu!!!). Tapi tak pe, orang kata sakit-sakit dahulu, senang-senang kemudian. Sekarang tengah masuk beberapa tender-tender kerajaan (x tau boleh ke tak, try je dulu...). Perniagaan ini banyak dibantu my wife, dia banyak bagi dorongan. Dia sentiasa di sisi waktu susah dan senang. Tanpa dia entah apa jadi kat saya ni. Masa mula kawin dulu idup susah, tapi sekarang x sesusah mana... ade je projek nak buat (duit masuk). Dulu opis saya kat umah je, buat kerja semua kat rumah. Barang-barang rumah dan barang kerja bercampur. Dah la duk umah mertua. Duit selalu tak cukup... he he he tu sume citer dulu. Sekarang dah ok...
Ni anak saya (Nur Insyirah Faqihah), nama perniagaan ni bersempena nama dia la...

Selepas dapat anak, hidup saya mula berubah. Sekarang dia tujuh bulan (7 bulan). Bermakna dah tujuh bulan idup saya dah berubah, dari susah kepada OK. Anak saya ni banyak bagi kekuatan untuk saya lebih kuat mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.

My wife ngan anak saya kat ofis (masa ni ofis tgh renovate)

Setakat ni dulu, untuk pengenalan... nanti saya tulis lagi. Baru dapat panggilan dari cikgu hariri dia ni yang supply baju kat saya untuk printting (arap dapat runding harga murah sikit). Ok.. w'salam...