Salam semua.... dah lama tak update blog, hari ni baru berkesempatan. 2,3 minggu kebelakangan ni saya saya sibuk sikit menyiapkan kerja tertangguh. So, hari ni saya nak kongsi dengan anda semua cara dan penghasilan silkscreen printing (secara ringkas).
First step, apa yang anda perlu buat ialah... menyediakan kelengkapan asas silkscreen. Antara kelengkapan yang anda perlu ada ialah :
- Kayu blok
- Kain sutera (mesh)
- Photo emulsion + sensitizer
- Rubber dye / Tc dye
- Pigment
- Sekuji
- Lampu expose
- Kotak expose
- Cermin expose
- Kertas lutsinar (kertas minyak ect.)
- Peralatan lain (Coater, stepler gun, gergaji, gum board, papan lapis/playwood dan laser printer)
Seterusnya, anda perlu membuat blok. Cara-cara membuat blok adalah :
- Potong kayu blok (kayu lembut), mengikut saiz artwork (design) yang anda perlukan. Diingatkan !!! satu blok untuk satu warna design. Kalau 10 warna design maka 10 blok yang perlu anda sediakan.
- Potong kain sutera (mesh) mengikut saiz blok yang anda perlukan. Lebihkan sedikit mesh supaya senang untuk proses meregangkan mesh pada blok.
- Stapler mesh pada blok menggunakan stapler gun. Berhati-hati semasa memasang mesh pada blok, kerana mesh mudah koyak. Pastikan permukaan blok tidak mengeledong (tidak rata), kerana ini menyukarkan proses printing nanti. Contoh blok seperti di bawah :
Step berikutnya, mencipta artwork (design).
- Anda boleh guna adobe photoshop, illustrator, paint, print artist, corel draw... mengikut kesenangan anda. Selepas siap design apa yang anda ingin kan, anda perlu print (A4, A3, atau A2) menggunakan laser printer. Pastikan artwork anda berwarna hitam (sehitam-hitamnya). Ini penting untuk proses expose nanti. Anda boleh menggunakan kertas transparency, kertas plain, atau kertas minyak. Contoh design yang saya buat :
Kemudian, anda perlu melakukan proses coating.
- Iaitu menyapu emulsion + sensitizer pada blok yg dipasang mesh.
- Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, mencampurkan photo emulsion dengan sensitizer pada nisbah 10:1 . Ini bermaksud 10 sudu emulsion + 1 sudu sensitizer. Jumlah emulsion yang hendak dicampur mengikut keperluan anda. Kalau setakat 1 blok saje, maka sedikitlah emulsion perlu digunakan. Campurkan dalam sebarang bekas, tapi pastikan proses tersebut dilakukan dalam tempat gelap (dalam bilik ke..)
- Campuran tadi hendaklah dikacau sehingga rata, kemudian sapu campuran tersebut pada blok (yg telah dipasang mesh). Gunakan coater atau benda keras nipis (boleh guna kad telefon) untuk proses menyapu pada blok. Sapu sehingga semua bahagian blok kena. Pastikan anda menyapu bahagian belakang dan depan.
- Selepas proses menyapu emulsion selesai, keringkan blok menggunakan hair dryer atau letak bawah kipas. Proses mungkin mengambil masa yg lama, ia dipengaruhi ketebalan emulsion pada blok. Semakin tebal emulsion yg disapu semakin lama masa diambil. Oleh itu, sekiranya boleh sapu emulsion senipis yg boleh tapi pastikan semua bahagian blok kena.
Langkah seterusnya, melakukan proses expose.
- Proses expose adalah proses yg paling penting, menentukan cara yg dilakukan sebelum ini betul atau salah. Expose ialah proses penghasilan design pada blok menggunakan bantuan cahaya.
- Ikut susun atur expose seperti di bawah. Sumber cahaya mestilah terdiri daripada cahaya putih/kuning (jgn guna lampu bulat, nanti tak jadi).
- Letak bebanan pada blok semasa expose (untuk tujuan merapatkan blok pada permukaan cermin.
- Bentuk kotak expose boleh dibuat bermacam jenis (ikut selera). Kalau boleh warnayg boleh memantulkan cahaya (kuning, silver dll).
- Kuasa bagi sumber cahaya antara 200 hingga 500 watt ( 4 btg lampu panjang). atau pakai sebiji sport light pun boleh.
- Proses expose memakan masa antara 10 hingga 30 minit (bergantung pada watt).
Setakat ini dulu saya akan update lagi, untuk bab printing baju pulak....
10 comments:
sy pkai 2 lmpu kalimatan yg pnjang 2 kaki..
kire ok x?
kalau ok, brape lama perlu masa prlu diambil utk xpose?
pakai 4 lampu kalimantang 2 kaki, masa expose lebih kurang 40 minit
nk tnya klu pakai spot ligh ok ke ?
non tefn insyirah trading 2 salah . saya call n0m ni cilap . knapa ye ?
abangg tak nak buat kursus ke bang? saya berminat nk balajar printing baju ni..lagipun saya pelajar di pengkalan chepa..
boleh x gune printer yg bukan laser jet....
abang saya pun nak belajar juga cetak baju ni lagi pun saya nak sangat buat cetak baju ni.
Hi, may I know where to buy a complete set tools kit for Silkscreen Printing??
Hi, may I know where to buy a complete set tools kit for Silkscreen Printing??
By online at cetakbaju2u.biz
Post a Comment